Sunday, January 16, 2011

On being grateful and shameful

Bismillah.

Glory be to Allah, He is ever so generous, He keeps inviting us to majlis 'ilm although we are heedless. Alhamdulillah wa shukrulillah, we were grateful to be present at Habib Ali's majlis tonight. We were overcome by immense gratitude and shame that tears fall uncontrobally, that He keeps letting us sit before such dignified personalities, descendants of Prophet Muhammad s.a.w. and notable scholars. Shafaat and barakah of Rasulullah s.a.w and Imam al-Haddad was evident at the majlis that we long for intimate moments at Arafah bi-iznillah. We pray that Allah will let us have the privilege to be with honorable habaib and ulama to lead our prayers at Arafah InshaAllah.

We would like to take this opportunity to seek forgiveness from the venerable scholars whose names we have been mentioning here. We regretfully admit that this space is at times tainted with unfitting words and images which may mar the good reputations of the scholars and the habaib. We seek refuge in Allah for any unintentional mistakes that we have made in recording and conveying their knowledge.
Wallahu a'lam.


Maha suci Allah yang sangat pemurah kurniaNya kepada hambaNya, yang acapkali menjemput ke majlis mulia walaupun di antara majlis-majlis dan jemputan-jemputan itu sering saja diri berselang-seli dengan perkara munkar, dengan kejahilan, dengan kurangnya adab sepertinya ia cuai dengan apa yang dipelajari, seolah-olah ia menjadi tuli kepada apa yang ia pertuturkan sendiri. Sungguh dua perkataan yang menusuk benak hati ialah shukur dan malu.

Shukur yang tidak terhingga pada malam ini berada di majlis Habib Ali Zainal Abidin yang sangat dihormati dan dikagumi. Apalah layaknya hamba itu berada di hadapan cucunda ahlul bayt, keturunan habaib yang mulia, pewaris makhluk terpuji Muhammad s.a.w. Subhanallah, hebatnya barakah, agungnya shafaat Rasulullah juga Imam al-Haddad, ketika bacaan ratib mencurah-curah airmata shukur dan malu bersulam dan berkait. Ya Allah, semoga jika ada jemputan untuk berada di Arafah kelak, dipohon limpah kurnia agar dihadiahkan peluang untuk menadah tangan doa pimpinan habaib, alim-ulama, insan mulia di mataMu. Perkenankan Ya Allah.

Dan di kesempatan ini hambaMu memohon maaf secara terbuka kepada semua manusia pilihanMu yakni para habaib, para alim ulama, guru-guru yang mana hambaMu telah menyebut nama-nama mereka di ruangan ini yang adakalanya tercemar dengan kata-kata serta gambar-gambar yang kurang beradab. Permohonan maaf seikhlas hati jika terdapat khilaf dalam menyebut ilmu yang mereka sampaikan. Semoga diampunkan jika secara tidak disedari martabat mereka jadi tergugat hanya kerana hambaMu menyebut tentang mereka dengan cara yang tidak selayaknya bagi mereka.

Setiap yang baik itu datang daripada Allah dan yang kurang elok itu seharusnya daripada diri saya sendiri walaupun pada hakikatnya, semuanya adalah daripada Allah jua.
Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment