Bismillah.
"Berdebar kerana cinta. Berdebar gejolak jiwa..." bait-bait qasidah di Zawiyah Bukit Damansara malam ini, tepat menggambarkan perasaan ini. Wajah Almarhum Shaykh Raja Ashman di mana-mana. Dalam ketiadaan jasad, ruh yang hadir tetap akrab. Hanya Allah jua yang tahu perkara se-seni ini.
Di zawiyah, ku rasakan malam ini, semarak cinta milik kita bersama. Benarlah hakikatnya bahawa cinta yang tiada terlafaz itu lebih abadi sifatnya, lagi indah.
Kaifiat cinta bukanlah dengan memiliki diri seseorang itu. Kerana kita masing-masing dimiliki oleh hanya Dia. Indahnya perasaan kebersamaan dalam rindu, itulah tanda hadirnya cinta. Malam ini dan setiap malam dimana bergema laungan zikir serta irama qasidah di zawiyah, maka pada saban malam itulah kita raikan cinta milik kita bersama.
Almarhum Shaykh Raja Ashman dalam kenangan...
Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment