Tiada sesuatu pun yang terlepas daripada perancangan dan kekuasaan-Nya.
Ternyata malam ini mengundang ingatan dan rindu yang mendalam padanya. Tatkala saya menerima tetamu di rumah sebentar tadi (seorang jemaah Naqshabandi), saya di-ingatkan tentang 40 hari yang berlalu pergi setelah kemangkatan Yang Mulia Almarhum Shaykh Raja pada 30 Mac 2012. Masing-masing mengimbau saat menerima berita hiba itu. Yang jelas, karamah Almarhum nampak lebih ketara setelah beliau tiada.
Ternyata malam ini mengundang ingatan dan rindu yang mendalam padanya. Tatkala saya menerima tetamu di rumah sebentar tadi (seorang jemaah Naqshabandi), saya di-ingatkan tentang 40 hari yang berlalu pergi setelah kemangkatan Yang Mulia Almarhum Shaykh Raja pada 30 Mac 2012. Masing-masing mengimbau saat menerima berita hiba itu. Yang jelas, karamah Almarhum nampak lebih ketara setelah beliau tiada.
Ramai jadi diam terpaku mendengar kisah awan mengukir nama Allah di saat persemadian Almarhum. Malam ini pula saya terkesima mendengar cerita bagaimana seorang berbangsa India yang rapat dengan Almarhum membuat keputusan memeluk Islam sesudah mengalami sesuatu yang luar biasa ketika menziarahi makam beliau. Subhanallah!
Sungguh ramai yang dahulunya tidak mengenali Almarhum dan aktiviti spiritualnya jadi semakin terbuka mata dan minda. Betapa Allah berkuasa menyembunyikan sesetengah waliNya ketika hayat mereka. Allahu a'lam.
Esok genap 40 hari Almarhum meninggalkan kita. Tuhan jua yang lebih tahu makam yang bagaimana Almarhum duduki di alam barzakh. Sedangkan kita yang ditinggalkan sekadar dapat mengenang dan cuba menilai keistimewaannya yang pergi dengan mudah, di malam Jumaat yang indah, sesudah majlis zikir secara husnul khatimah. MashaAllah!
Benarlah kata-kata: sesiapa yang tidak merasai sesuatu itu pastinya tidak akan mengerti. Perasaan kasih sayang itu sukar dimengerti kecuali bagi mereka yang merasainya sendiri. Kenapa hati jadi terpaut pada seseorang? Kenapa hati merasa rindu padanya? Terlalu seni...sehingga tiada kata-kata yang dapat saya nukilkan lagi dalam mengimbau memori pemergiannya setelah 40 hari.
Sekadar berdoa agar Allah akan kumpulkan kita bersama-sama mereka yang kita sayangi di hari kemudian nanti. Betapa hebat natijah kasih sayang yang tiada kan terputus, dari dunia membawa ke syurga, dengan izinNya.
Sekadar berdoa agar Allah akan kumpulkan kita bersama-sama mereka yang kita sayangi di hari kemudian nanti. Betapa hebat natijah kasih sayang yang tiada kan terputus, dari dunia membawa ke syurga, dengan izinNya.
Al-Fatihah
Almarhum Raja Dato' Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah
28 Disember 1958 - 30 Mac 2012
Ezza, penulisan kamu juga terlalu seni, baik bahasa (Melayu atau English)... Dan isinya, hingga ada yang terkesan dlm diri saya. Mungkin kerana keikhlasan kamu menulis kerana-Nya, hingga meresap dlm jiwa.
ReplyDeleteThanks Ezza kerana mengingatkan akan insan istimewa ini. AlFatihah...
MashaAllah, tabarakallah!
ReplyDeleteYang saya hormati saudari Karamah, yang walaupun saya tak kenal saya dapat mengagak saudari berasal dari keluarga yang dihormati masyarakat. Justeru saya sangat menghargai ucapan anda yang saya anggap sebagai doa. Alhamdulillah dan terimakasih!
Saya sekadar menumpang barakah insan-insan istimewa ini. I think it's not about me, it's about the people I write about.
Thanks again.
Ezza
Well written, as always =) mashaAllah
ReplyDeleteTidak pernah jumpa langsung dgn Almarhum. Hanya kenal melalui ckp2 org dan juga research di internet. Tapi kehilangannya teramat dirasai sehingga menangis berhari2 teringatkan Almarhum. Terbit rasa cinta, kasih dan syg padannya. Hanya Allah yg tahu.
ReplyDeleteMashaAllah! Terima kasih kerana berkongsi. Saya tak tahu nak cakap apa lagi dah. Moga Allah permudahkan untuk anda berziarah ke maqam Almarhum di Masjid Ubudiyah, Kuala Kangsar InshaAllah. Semasa saya dan ibu ziarah kali kedua, tiada siapa di situ, hanya kami berdua. Selepas meninggalkan maqam sepanjang jalan ke KL hati terasa lapang dan urusan semua jadi mudah tanpa disangka-sangka. Baru-baru ini pula ada sahabat bercerita tentang Almarhum muncul dalam mimpinya dan seorang lagi sahabat saya yg akrab dgn Almarhum berjumpa seseorang di Mekah yg sangat-sangat mirip wajah, rambut dan fizikal Almarhum.
ReplyDeleteUntuk seseorang spt anda yg tak pernah bertemu Almarhum tetapi mengalami hal yg luar biasa spt itu, ia sesuatu yg indah dan menakjubkan. Semoga kita semua mendapat manfaat dalam mengenang ruh hambaNya yang soleh lagi terpilih.
Eza
Jika punya masa akan saya ziarahi maqam Almarhum. Saya cuma berasa pelik kerana saya tidak mengenali Almarhum secara peribadi. Tetapi entah kenapa kehilangannya teramat dirasai. Hampir setiap hari terkenangkan Almarhum.
ReplyDeleteBertuah sungguh sahabat yg akrab dgn Almarhum kerana dapat berjumpa seseorang di Mekah yg sangat-sangat mirip wajah, rambut dan fizikal Almarhum. Semoga saya dipertemukan dgn seorg seperti Almarhum.
Terima kasih kerana membalas komen.
Salam Anonymous, please email me at nursufiah at gmail dot com if you are keen to visit maqam and attend 100 days tahlil on 7 July 2012 (Saturday) at Istana K.Kangsar, InshaAllah.
ReplyDeleteEzza