Bismillah.
Hari ini 31 Januari
Hari terakhir bulan pertama
Kini tinggal sebelas bulan lagi
Fakta teramat jelas
Betapa masa berlalu terlalu pantas
Sebuah kenyataan yang buat kita rimas
Bait-bait ini tiada puitis
Bak kehidupan yang tak selalunya seindah puisi
Kalendar masa - tanpanya manusia jadi buntu
Kata sahabatku dari penjara
Siang atau malam tiada sempadan
Akal jadi tumpul
Waras seorang insan bertempiaran
Justeru, usah resah dengan masa
wahai diri yang bebas
syukurlah
kerana kita ada celahan jendela buat meneka
suria membawa siang
gelap mengiring malam
fikiran masih tajam
kenal apa itu Januari
berdaya membina harapan
menyambut Feb-Ru-Ari
Syukurlah atas kebebasan
Syukur untuk setiap hari yang datang dan pergi
- Buat teman yang baru bebas dari penjara.
[Ya, saya ada sahabat yang melalui ujian getir ini!
Sungguh, Allah sahajalah yang mengetahui dan memilih apa bentuk ujian untuk setiap empunya diri.]
Inna lillah wa inna ilai hiraji'un
KepadaNya jua kita akan kembali.
No comments:
Post a Comment