Monday, June 29, 2015
Ramadan Bites of Wisdom (12)
Bismillah.
Ahh...soon we'll reach mid-Ramadan inshaAllah. This is Bite No. 12 for you.
I saw on Malaysian TV a humorous motivator talking about one simple but profound fact if we care to reflect on it. He said 'this is the time to give while we are still alive because when death comes, all we can afford is receive'. I have been thinking about writing something about it in Malay, so will our English-speaking readers excuse me.
Ya, apa yang dituturkan pakar motivasi itu sangat dalam maksudnya walaupun pada dasarnya kita semua maklum akan hakikat hidup dan mati. Semasa hidup inilah kita dapat memberi. Apakala mati kita hanya mampu menerima. Segala puji bagi Allah atas nikmat 'ijad' yakni nikmat keberadaan kita di sini.
Ya beliau juga mengingatkan kita tentang kepentingan bersyukur. Seharusnya bersyukur selagi terasa sebarang nikmat yang ada di hadapan mata dan di sekeliling kita. Kerana belum tentu esok ianya masih di situ dek kurangnya shukur bahkan mungkin juga atas sebab kufur. Yang Maha Memberi itu Allah. Yang Memiliki itu Dia. Kita hanya penerima pinjaman, maka apalah yang hendak dibanggakan tentang 'rumah saya' 'kereta saya' 'kerja saya' 'suami saya' 'isteri saya' 'anak saya' 'cucu saya' 'duit saya' dan bermacam-macam 'saya punya'.
Pelbagai situasi yang kita lalui dari sehari ke sehari. Tentunya semua adalah pelajaran buat kita. Ianya pelajaran buat diri kita masing-masing. Ya masing-masing. Tetapi lumrah manusia, ramai yang menyibuk pula akan af'al Allah terhadap orang lain.
Alangkah baiknya kita menyibukkan diri untuk memberi sementelah kita tidak tahu pemberian yang mana yang akan di iktiraf Ilahi. Usah peduli jika ia tidak di iktiraf manusia kerana mereka juga bakal ke liang lahad seperti kita. Yang lebih penting banyakkan memberi dan berbuat sesuatu dengan rasa syukur di atas peluang ini, di atas kesempatan sementara ini.
Ya, betapa indahnya rasa shukur. Betapa Maha Pemurah Maha Suci Tuhan.
Ya, betapa bahagia itu kurniaNya jua. Bahagia yang Dia hadirkan di hati, itu milik peribadi.
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Tuhan yang karib di hati.
Ramadan Mubarrak!
Wassalamualaikum warahmatullah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment