Alhamdulillah wa shukrulillah, kita berkesempatan mengikuti tausiyah oleh Habib Syech Abdul Qadir As Seggaf, seorang ulama dari Solo, Indonesia yan sangat terkenal dengan alunan qasidah yang indah. Terimakasih kepada sahabat lama saya Saudara Rudzaimer yang berkongsi rakaman majlis tersebut di Facebook beliau dan berikut adalah transkrip yang diusahakan untuk manfaat kita bersama bi-iznillah.
Tausiyah ini sangat bermakna kerana Habib Syech telah mengijazahklan amalan selawat bersanad hingga kepada baginda Nabi Rasulullah salallah alaihi wasalam.
*******
Ya imamar rusli ya sanadi
anta baqdallah hi muktamadi
fabi dunya ya wa akhirati
Allah Allah
Ya Rasulullah hi khudz biyadi
"Anta baqdallah...Tidak ada satu pun di muka bumi ini yang lebih dekat pada Allah kecuali Nabi Muhammad salallah alaihi wasalam. Siapa yang ingin mendapatkan kecintaan Allah, dia wajib mengikuti Nabi Muhammad salallah alaihi wasalam. Dia wajib cinta kepada Nabi Muhammad."
"Qul in kuntum tuhibbu nallah, fat tabi 'uni yuhbib kumullah. Sampaikan kepada sesiapa pun. Sampai ke yaumul qiyamah, orang yang ingin dicintai Allah...kalau kita ingin melihat siapa orang yang dicintai Allah, lihat bagaimana dia dengan Nabi Muhammad salallah alaihi wasalam. Kalau dia dengan Nabi Muhammad dia tidak suka berselawat, dia tidak ikut sunah-sunnah Nabi Muhammad, dia tidak gembira dengan disebutnya nama Nabi Muhammad, bererti dia tidak mendapatkan cinta Allah! Itu kunci cinta. Dan tarikah atau jalan yang paling nikmat itu adalah jalan cinta. Tidak ada ibadah, kalau tidak dengan cinta, dia tidak merasakan kenikmatan tersebut."
"Saya minta maaf, bapa-bapa dan ibu-ibu datang ke tempat ini dengan cinta. Tadi malam saya lihat di perbatasan [lapangan terbang] luar biasa. Saya tidak menyangka. Perjalanan saya capek [meletihkan] tetapi saya melihat orang-orang yang mempunyai rasa cinta, timbul pula rasa cinta. Orang kalau melihat orang yang bercinta, dia pasti akan ingin ikut seperti mereka."
"Cuba kita kalau lihat cinta ini...al hubbu....[beliau memetik bait qasidah karangan Imam Al Busiri]. Cinta itu akan lebih nikmat kalau diuji. Diuji dengan apa? Ya, kadang susah, sulit. Ini tambah nikmat. Seperti orang yang datang kena hujan tetapi dia tetap datang kerana cinta. Ibadah kalau dilakukan dengan cinta, dia akan merasakan nikmat seperti nikmatnya para ulama, nikmat para auliya. Mereka solat dengan cinta. Solat mereka khusyuk, nikmat. Dipandang pun nikmat."
"Makanya ibadahlah dengan cinta. Bekerjalah dengan cinta. Semua kehidupan ini kalau tidak diikuti dengan cinta, dia tidak akan terbekali [lengkap]. Dia akan merasa nikmat senang. Alhamdulillah."
"Kenapa kamu datang? Bangun jam 4 pagi atau bangun jam 2 pagi, solat tahajud. Kerana aku cinta Allah. Kalau tidak cinta Allah, tidak mungkin bangun. Kalau tidak cinta Nabi Muhammad tidak mungkin datang ke majlis ini. Cintai Nabi Muhammad supaya Allah mencintai kita. Ikuti Nabi Muhammad supaya Allah memberi semuanya lebih."
"Cinta ada dua: minal muhibbin dan minal muqarabin yakni orang yang dekat. Ada orang dekat tapi tidak dicintai. Saya ada teman dekat dengan saya, setiap hari naik satu mobil [kereta], tapi saya tidak cinta dengannya, tapi dia dekat, ikut satu mobil. Tapi belum tentu yang saya makan akan saya beri kepada dia, sebab saya tidak cinta. Belum tentu duit yang ada di kantong [kocek] ini saya beri kepada dia. Kerana saya tidak cinta. Tapi setiap saat dia mengirim mesej. Dia termasuk dalam golongan muqarabin, dekat dengan saya di dalam mobil."
"Tapi mungkin ada orang di luar mobil. Dia tidak terlalu dekat, tapi dia dicintai. Makanya syukur kalau kita ini menjadi orang yang dekat dan dicintai. Sudah muqarabin, orang yang dekat dengan Allah, dicintai Allah. Luar biasa!"
"Orang kalau sudah dicintai, jika ada kesalahan sedikit pun dengan Allah ditutup. Bifadhlil, kata Habib Ali. Fadhlil. Mendapat keutamaan daripada Allah."
"Seperti seorang ibu yang mempunyai anak. Ibu mengendong anaknya. Ibu mahu pergi ke sebuah majlis, tiba-tiba anak yang dikendong itu kebetulan kencing. Kira-kira ibu itu akan membuang anaknya? Atau ibu itu akan membersihkannya? Dibersihkan oleh ibu. Tetapi ibu itu hanya tersenyum. Kerana apa? Kerana cinta."
"Begitu pula kalau umat Nabi Muhammad ini mempunyai kesalahan-kesalahan. Bukan kita mengatakan kesalahan besar. Tapi di setiap saat kita ini ada kesalahan. Antara solat Zohor dan Asar ini, kafarah. Antara Jumaat dengan Jumaat, kafarah. Antara puasa dengan puasa, ampunan dari Allah. Kerana apa? Kerana cinta. Cintanya Allah dengan umat Nabi Muhammad. Makanya kita bersyukur, Alhamdulillah kita menjadi umat Nabi Muhammad sallallah alaihi wasalam."
[Habib Syech kemudian menyampaikan qasidah]
Bushra lana
nilnal muna
zalal 'ana wa fal hana
wad dahru anjaza wa'dahu
wal bishru adha mu'lana
"Bushra lana. Khabar gembira! Bagi kita sebagai umat Nabi Muhammad, gembira semua. Harus gembira! Jangan ada yang sedih. Umat Nabi Muhammad tidak perlu sedih. Kerana apa? Kerana kita punya pemimpin Nabi Muhammad salallah alaihi wasalam. Umat Nabi Muhammad tidak perlu sedih, kerana kita nanti di hari akhirat Rasul Muhammad yang akan mengganding [memimpin] kita mengadap kepada Allah. Semua para anbiya mengangkat tangan, tidak mampu kecuali Nabi Muhammad salallah alaihi wasalam."
"Rasul mengatakan: Ha ana laha...[seperti dalam satu qasidah]. Semua para anbiya angkat tangan tidak mampu. Nabi Muhammad memanggil umatnya yang di Kuching, masuk...masuk ikut saya, berada di bendera di belakang Rasulullah. Kita bayangkan itu!"
"Dengan apa? Dengan kita membantu Rasulullah. Dengan banyaknya sujud. Banyaknya ibadah. InShaAllah kurang lebih. Kita tidak ada yang sempurna. Siapa yang sempurna dari kita? Tidak ada! Siapa yang mampu beramal seperti amal Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani? Siapa yang mampu beramal seperti Imam Al-Attas Sahibul Ratib? Siapa yang mampu beramal seperti Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad? Siapa yang mampu beramal seperti Habib Ali Batu Pahat yang kelmarin baru [diadakan sambutan] hol?"
"Kita tidak mampu. Tetapi kita masih mempunyai satu kunci untuk menjadi seperti mereka. Apa? Cinta. Mahabbah yang [disebutkan] tadi.
Al mar'uu ma'a man ahhaba.
Manusia ini tergantung siapa yang dia cintai. Kalau dia cinta kepada para ulama, dia akan ikut bersama ulama. Kalau dia cinta kepada Nabi Muhammad, dia berada di bendera Nabi Muhammad di situ. Rasulullah salallah alaihi wasalam mengatakan 'ha ana laha...'
"Nanti yang boleh menyatakan ucapan ini hanya Nabi Muhammad. Yang pertama masuk ke dalam syurga adalah umat Nabi Muhammad. Rasulullah tidak akan masuk ke dalam Syurga dahulu sebelum semua umatnya masuk ke dalam Syurga. Ini hebatnya Nabi Muhammad. Maka wahai umat, jangan anda ini bakhil [kedekut] dalam berselawat. Minimal setiap hari 100 kali berselawat."
"Saya dapat ijazah daripada Habib Abdullah bin Hamid Al-Attas Al-Habshi dari Mekah. [Katanya] 'wahai anak ku, kamu bacalah ini sebagaimana ayahku. Ayahku sebagaimana ayahnya, terus sampai ke Rasulullah salallah alaihi wasalam.' Beliau mengatakan baca selawat dhomir:
'Innallaha wamala ikatahu yusallu na alan nabi, ya aiyuhal lazi na amanu
sollu alaihi wa sallimu taslima'
Baca sekali selepas Maghrib dan selepas Subuh.
Dan diikuti dengan:
'Allahuma solli alaih....Allahuma solli alaih....Allahumma solli alaih...'
sebanyak 100 kali.
"Ringan, mudah dan cepat. Itu pahalanya besar. Saya ijazahkan juga untuk kamu semua. Baca minimal [sekurang-kurangnya] 100 kali. Shukur kalau sehari boleh 1000 kali. Kalau Jumaat, baca 10,000 kali. Lisan ini terus berselawat."
"Seperti saya ini sering mendapat berita WhatsApp daripada orang Kuching sebagai contoh. Ada wanita dari Kuching mengirim mesej sehari 100 kali, ada yang 1000 kali. Kira-kira saya akan ingat yang mana? Yang seribu kerana dia setiap hari kirim 1000 mesej."
"Begitu juga dengan Nabi Muhammad. Setiap hari kita kirim berita kapada Nabi Muhammad. Kalau kita kirim 1000, bererti kita adalah orang yang akan sering diingati oleh Nabi Muhammad kerana malaikat setiap saat menyampaikan kepada Nabi Muhammad, Fulan bin Fulan atau Fulanah binti Fulan berselawat kepadamu. Nama yang sering disebut di depan Nabi Muhammad dialah nama yang akan diingat oleh Nabi Muhammad di hari kiamat. 'Ayuh, masuk!' kata Nabi Muhammad.
"Jangan sedih wahai umat Nabi Muhammad. Dunia ini pasti akan kita tinggalkan. Jangan ribut [kecoh], jangan pertikai masalah dunia. Dunia ini kecil. Dunia itu seperti kata Nabi Muhammad, seperti sayap nyamuk. Nyamuk tidak ada ertinya. Bukan maksudnya dunia kita tinggalkan. Dunia boleh kita cari sebagai talian yang sampaikan kita kepada akhirat. Cari yang banyak. Sedekah yang banyak. Cari yang banyak. Ringankan beban orang yang banyak."
***
Habib Syech As Seggaf tiba di lapangan terbang Kuching Sarawak 25 Januari 2020 [Foto ehsan: Rudzaimer Roza] |
Allahu a'lam.
Mohon maaf dan teguran atas apa-apa kesalahan.
[An English translation of Habib Syech's lecture will be prepared shortly, InshaAllah.]
No comments:
Post a Comment