Thursday, November 8, 2012
Dua Ribu Dua Belas
Bismillah.
Dua Ribu Dua Belas
Apakah dosa mengatasi pahala?
Sedang masa yang pergi tiada berganti
Khilaf yang terlepas melulu
Jahil buat pandangan jadi kelam, kelabu
Dua Ribu Dua Belas
Apakah sebanyak itu istighfarku?
Cukupkah syukurku?
Memadaikah selawatku?
Dua Ribu Dua Belas
Kalaupun sebanyak itu luka hatiku
Apalah dibanding dengan Rahmah-Mu?
Tiada terhitung nikmat kurniaNya
Dua Ribu Dua Belas
Biarpun tersungkur dua ribu dua belas kali
Engkau pimpin tangan ini
Untuk bangun, berdiri, berjalan dan berlari
Oh Ilaahi
Dua Ribu Dua Belas
Moga doaku melebihi
Tanda kehambaan diri
Insan yang wujudnya kerana dicipta
Papa kecuali kala diberi
Dua Ribu Dua Belas
Harapanku berganda berjuta kali
Kiranya Kau pandang dengan pandangan kasihMu
Kau titip redhaMu selama hidupku
Dan menerima kepulanganku dengan keampunanMu
************
E.Ismail
11/2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment